Kamis, 31 Desember 2009

SHALAT YANG KHUSYU'.MENCEGAH DARI PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat wara' dan sangat khusyu' solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyu' dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyu'.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan shalat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu shalat aku berwudhu' dzhahir dan bathin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' dzhahir dan bathin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' dzhahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' bathin ialah membasuh hati dengan tujuh perkara :-

1. bertaubat

2. menyesali dosa yang dilakukan

3. tidak tergila-gila akan dunia

4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. tinggalkan sifat berbangga

6. tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa shalatku kali ini adalah shalat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam shalat kufahami maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku mengerjakannya selama 30 tahun."
Demi mendengar ini, menangislah Isam, karena membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Demikianlah diantara ciri-ciri orang shaleh dalam beribadahnya.

Semoga ada Manfa'at dan Hikmahnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar