Antara Ayat Al-Qur'an Yang Menjelaskan Haramnya Nyanyian dan Muzik
Firman Allah Ta’ala:
Maksudnya: “Dan di antara manusia ada yang membeli (menukar) lahwal hadits untuk menyesatkan orang dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikannya ejekan, bagi mereka siksa yang menghinakan.” (Luqman: 6)
Al-Wahidi dalam tafsirnya menyatakan bahawa kebanyakan para mufassir mengertikan “lahwal hadits” dengan “nyanyian”.
Penafsiran ini disebutkan oleh Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu. Dan kata Imam Al-Qurthubi dalam tafsirnya, Jami’ Ahkamul Qur’an, penafsiran demikian lebih tinggi dan utama kedudukannya. Hal itu ditegaskan pula oleh Imam Ahmad Al-Qurthubi, Kasyful Qina’ halaman 62, bahawa di samping diriwayatkan oleh banyak ahli hadis, penafsiran itu disampaikan pula oleh orang-orang yang telah dijamin oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam dengan doa beliau :
“Ya Allah, jadikanlah dia (Ibnu Abbas) faham terhadap agama ini dan ajarkanlah dia takwil (penafsiran Al-Qur’an).” (HR. Bukhari 4/10 dan Muslim 2477 dan Ahmad 1/266, 314, 328, 335) .
Dengan adanya doa ini, para ulama dari kalangan sahabat memberikan gelar kepada Ibnu Abbas dengan Turjumanul Qur’an (penafsir Al Qur’an).
Ibnu Mas’ud menerangkan bahawa “lahwul hadits” itu adalah al-ghina’. “Demi Allah, yang tiada sesembahan yang haq selain Dia, diulang-ulangnya tiga kali.” Riwayat ini sahih dan telah dijelaskan oleh Syeikh Nashiruddin Al-Albani dalam Tahrim ‘alath Tharb halaman 143. Demikian pula keterangan ‘Ikrimah dan Mujahid.
Al-Wahidi dalam tafsirnya (Al-Wasith 3/411) menambahkan : “Ahli Ilmu Ma’ani menyatakan, ini termasuk semua orang yang cenderung memilih permainan dan al-ghina’ (nyanyian), seruling-seruling, atau alat-alat muzik daripada Al-Qur’an, meskipun lafaznya dengan kata al-isytira’, sebab lafaz ini banyak dipakai dalam menerangkan adanya penggantian atau pemilihan.” (Lihat Tahrim ‘alath Tharb halaman 144-145).
Firman Allah Ta'ala:
Maksudnya: “Dan pengaruhilah siapa saja yang kau sanggupi dari mereka dengan suaramu.” (Al-Isra’ : 65)
Ibnu Abbas mengatakan bahawa “suaramu” dalam ayat ini ertinya adalah segala perkara yang mengajak kepada kemaksiatan. Ibnul Qayyim menambahkan bahawa al-ghina’ adalah da’i yang paling besar pengaruhnya dalam mengajak manusia kepada kemaksiatan. (Mawaridul Aman halaman 325). Mujahid dalam kitab yang sama menyatakan “suaramu” di sini ertinya al-ghina’ (nyanyian) dan al-bathil (kebathilan). Ibnul Qayyim menyebutkan pula keterangan Al-Hasan Bashri bahawa suara dalam ayat ini ertinya duff (rebana), wallahu a’lam.
Firman Allah Ta'ala:
Maksudnya: “Maka apakah terhadap berita ini kamu merasa hairan. Kamu tertawa-tawa dan tidak menangis? Dan kamu bernyanyi-nyanyi?” (An Najm : 59-61).
Kata ‘Ikrimah -dari Ibnu Abbas-, as-sumud ertinya al-ghina’ menurut dialek Himyar. Dia menambahkan: “Jika mendengar Al-Qur’an dibacakan, mereka bernyanyi-nyanyi, maka turunlah ayat ini.”
Ibnul Qayyim menerangkan bahawa penafsiran ini tidak bertentangan dengan pernyataan bahwa as sumud ertinya lalai dan lupa. Dan tidak pula menyimpang dari pendapat yang mengatakan bahawa erti “kamu bernyanyi-nyanyi” di sini adalah kamu menyombongkan diri, bermain-main, lalai, dan berpaling. Kerana semua perbuatan tersebut terkumpul dalam al-ghina’ (nyanyian), bahkan ia merupakan pemicu munculnya sikap tersebut. (Mawaridul Aman halaman 325).
Beberapa Hadis Bekenaan Haramnya Nyanyian dan Muzik
Hadis dari Ibnu Abbas, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala mengharamkan khamr, judi, dan gendang.” (Hadis riwayat Abu Daud, Baihaqi, Ahmad, dan selainnya. Disahihkan oleh al-Albani, Tahriimu Aalath Ath-Tharb halaman. 56)
Hadis Imran bin Husain, bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Akan datang dalam umat ini kehinaan, keburukan, dan fitnah.” Maka berdirilah salah seorang Muslim: “Wahai Rasulullah, bilakah itu terjadi?” Beliau menjawab: “Apabila telah muncul biduanita dan alat-alat muzik dan khamr diminum.” (Dikeluarkan oleh at-Tirmizi dan dihasankan oleh Syaikh al-Albani, Tahriimu Aalati Ath-Tharb halaman 56)
Berdasarkan hadis-hadis tersebut maka para Salaf benar-benar mengharamkan nyanyian dan sangat menjauhinya, di antaranya riwayat Ibnu Abbas radiallahu 'anhuma, beliau berkata:
“Rebana itu haram, alat-alat muzik haram, gendang itu haram, dan seruling itu haram.” (Dikeluarkan oleh Baihaqi dan Hadis ini hasan menurut Syaikh al-Albani, Tahriimu Aalati Ath Tharb halaman 92)
Riwayat Said bin al-Musayyab radiallahu 'anhu,dia berkata:
“Sesungguhnya aku membenci nyanyian dan menyenangi kata-kata yang indah (pantun).” (Dikeluarkan oleh Abdurrazzaq dalam Mushannaf dan Hasan menurut Syaikh al-Albani, Tahriimu Aalati Ath Tharb halaman 99 dan 101)
Diriwayatkan dari Jabir radiallahu 'anhu dia berkata, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya aku tidaklah melarang mengeluarkan air mata (menangis), akan tetapi aku melarang dari dua suara yang bodoh lagi fajir. Suara ketika mendapat nikmat, iaitu gurauan, permainan, dan senandung syaitan. Dan suara ketika mendapat musibah, iaitu tamparan wajah, koyakan baju dan jeritan syaitan.” (Diriwayatkan oleh at-Timidzi dalam Sunan-nya, dan ia menyatakan bahawa hadis ini hasan. Juga diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, dan juga ath-Thahawi dalam Syarh al-Ma’aani. Hadis ini turut dihasankan oleh Syaikh al-Albani di dalam Sahihul Jami’)
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam juga bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas umatku Khamar, judi, minuman keras dari gandum, dan gendang (Kuubah) serta drum (qinnin). Dan menambahkan untukku solat witir.” (Hadis ini sahih menurut Syaikh al-Albani, Rujuk: Sahihul Jami’, 1708)
Dari Hadis Abu Daud, beliau meriwayatkan, dalam Kitab Sunan-nya bahawa dari Nafi radiallahu 'anhu dia berkata: “Ibnu Umar radiallahu 'anhuma mendengar suara muzik, maka dia pun meletakkan jarinya pada kedua telinganya dan menjauh dari jalan. Ia berkata kepadaku, “Hai Nafi, apakah engkau masih mendengar sesuatu?” Aku menjawab, “Tidak!” Maka beliaupun melepaskan jarinya dari telinganya dan berkata: “Aku pernah bersama Nabi sallallahu 'alaihi wasallam lalu beliau mendengar seperti ini dan beliaupun melakukan seperti itu.” (Rujuk Sahih Abu Daud, 4116)
Imam al-Qurthubi menjelaskan berkenaan hadis tersebut di dalam tafsirnya dengan menyatakan: “Ulama kami mengatakan, “Jika demikian yang mereka lakukan terhadap suara yang tidak keluar seperti biasanya, bagaimana dengan suara nyanyian orang-orang zaman sekarang dan suara alat muzik mereka?”
Imran ibn Husain meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: “Akan berlaku kemusnahan, penukaran rupa (penjelmaan) dan lontaran dalam umat ini. Seorang lelaki dari kaum muslimin berkata: Bilakah yang demikian itu akan berlaku wahai Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam? Baginda bersabda: “Apabila lahir biduanita-biduanita, alat-alat muzik dan diminum khamr (arak)” (Hadis ini Sahih, diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Ibn Abid Dunya. Lafaz hadis ini menurut riwayat at-Tirmidzi. Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, 1801-2323. Sahihul Jami’ As-Sagheer, 4273 dan Silsilah al-Ahadis as-Sahihah, oleh Syaikh Muhammad Nasihruddin al-Albani)
Anas ibn Malik radiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Pasti akan berlaku kemusnahan, lontaran dan pengubahan rupa dalam umat ini, iaitu apabila mereka meminum khamr, mengambil biduanita-biduanita dan membunyikan alat-alat muzik. (Hadis ini sahih, Diriwayatkan oleh Ibn Abid Dunya dalam “Dzam al-Muhalli” Juz. 1/1530. Hadis ini juga diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Ibn Abid Dunya daripada Imran ibn Husain. Imam Ahmad dan Ibn Abid Dunya meriwayatkan juga daripada Abi Umamah dan ia diriwayatkan juga daripada Abu Hurairah oleh at-Tirmidzi dan Ibn Abid Dunya. Sila lihat Sahihul Jami’ as-Sagheer 5467 dan Silsilah al-Ahadis as-Sahihah, 2023 as-Syaikh al-Albani)
Imran ibn Husain dan Abu Saaid radiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Akan berlaku kemusnahan, lontaran dan perubahan rupa di akhir zaman iaitu lahir alat-alat muzik, biduanita-biduanita dan apabila khamr dihalalkan” (Hadis ini sahih, Riwayat at-Tirmidzi dan at-Thabarani)
Abu Maalik al-Asyaari radiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Orang-orang dari umat ku pasti akan meminum khamr yang mereka namakannya dengan bukan nama khamr, di-mainkan alat-alat muzik ke atas kepala mereka dan biduanita-biduanita. Allah akan musnahkan bumi bersama-sama mereka dan menjadikan sebahagian mereka sebagai kera dan babi. (Hadith ini sahih - Riwayat Ibn Maajah, al-Baihaqi dan Ibn Asaakir, Ibn Hibban dan at-Thabarani. Sila lihat Sahihul Jami’ as-Sagheer, 5454, Silsilah al-Ahadis as-Sahihah, 90, 91 dan Sahih Ibn Maajah 3247–4020)
Abu Maalik al-Asyaari radiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Akan ada beberapa kaum dari umatku yang menghalalkan zina, sutera (bagi lelaki), khamr dan alat muzik dan beberapa kamu akan turun/berhenti di sudut sebuah bukit yang tinggi. Para penternak datang kepada mereka di waktu petang dengan membawa haiwan-haiwan ternakan mereka kerana sesuatu keperluan, lalu mereka berkata: Datanglah semua menemui kami esok. Lantas Allah subhanahu wata'ala memusnahkan mereka pada waktu malam dan menjatuhkan bukit yang tinggi itu ke atas mereka dan sebahagian yang lain lagi Allah mengubah rupa mereka menjadi seperti kera dan babi sampailah ke hari kiamat. (Hadis ini sahih – Riwayat al-Bukhari dalam kitab sahihnya (4/30). Sila lihat Silsilah al-Ahadis as-Sahihah 1/91/139-147 dan Sahih al-Jami as-Sagheer, 5466)
Catatan: Ibn Hazm rahimahullah mendhaifkan hadis ini dengan anggapan sanadnya terputus antara Bukhari dengan Hisyam bin 'Ammar. Perkara ini tidak benar, ini kerana Hisyam adalah guru Imam Bukhari di samping itu banyak perawi lain yang mendengar hadis ini dari Hisyam. Sila rujuk Tahrim Alat At-Tharb, ms. 38-51 oleh Syeikh Al-Albani -edt-.
Semua hadis tersebut dengan jelas dan tegas mengatakan keharaman zina, sutera (bagi lelaki), khamar (arak) dan alat muzik. Terhadap kaum yang menghalalkan akan ditimpakan Allah dengan kemusnahan, perubahan rupa sampailah ke hari kiamat. Tidak ada hadis-hadis sahih yang mengecualikannya kecuali penggunaan rebana dalam majlis-majlis perkahwinan dan pada dua hari raya.
Sewaktu menjelaskan hadis di atas, Al-Allamah As Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani, seorang ulama hadis di abad ini telah berkata:
"Banyak hadis yang warid mengenai pengharaman muzik yang terkenal pada masa itu (masa nabi s.a.w) seperti gendang (genderang), gambus dan lain-lain. Tidak ada hadis yang warid yang menyalahinya ataupun yang mengtakhsiskannya kecuali rebana/kompang dalam majlis-majlis perkahwinan dan dua hari raya kerana ianya mubah (harus) mengikut perincian yang disebutkan dalam kitab-kitan fiqh. Mengenai ini telah saya sebutkan dalam sanggahan saya terhadap Ibn Hazm. Maka oleh kerana itulah mazhab yang empat sepakat mengharamkan semua alat-alat muzik. Manakala sebahagian mereka mengecualikan gendang peperangan selain rebana dalam majlis-majlis perkahwinan dan dua hari raya itu. Dan sebahagian ulama sekarang memasukkan/ menghubungkan ke dalamnya muzik tentera. Pendapat ini tidak mempunyai dasar kerana beberapa sebab:
1. Mentakhsiskan hadis-hadis yang mengharamkan (secara umum) tanpa adanya makhsus (pentakhsis) semata-mata berdasarkan akal fikiran dan istihsan adalah batil.
2. Yang wajib bagi orang-orang Islam dalam masa peperangan ialah menghadapkan hati mereka semata-mata kepada Allah sambil memohon pertolongan untuk mengalahkan musuh. Yang demikian lebih kuat pengaruhnya bagi ketenteraman jiwa dan lebih menguatkan hubungan hati dengan Allah Ta'ala. Penggunaan muzik adalah di antara perkara yang merosakkan hati dan memalingkan mereka dari menyayangi Tuhan mereka. Allah Taala berfirman mafhumnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu memerangi pasikan musuh, maka teguhkanlah hati kamu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung." (Al-Anfaal: 45)
Penggunaan alat-alat muzik adalah sebahagian dari adat dan tradisi orang-orang kafir yang tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat dan tidak pula mengharamkan apa-apa yang telah diharamkan Allah dan Rasul-Nya dan tidak pula beragama dengan agama yang benar.
Justeru, kita tidak harus menyerupai mereka, terutamanya dalam perkara-perkara yang diharamkan Allah secara umum seperti muzik ini.
Saudara sekalian, janganlah hendaknya terpedaya dengan apa yang didengar daripada sebahagian ulama fiqh yang mashur sekarang ini yang berpendapat halalnya alat-alat muzik dan muzik itu, kerana mereka sebenarnya mengeluarkan fatwa secara taqlid dan mereka membantu kecenderungan dan keinginan manusia sekarang ini.
Kepada siapakah mereka bertaqlid? Tidak lain kecuali kepada Ibn Hazm (semoga Allah mengampuni kesilapannya) apabila beliau membolehkan dan menghalalkan alat-alat muzik dan hiburan kerana menurutnya hadis Abu Malik Al-Asyaari tidak sahih sedangkan anda telah mengetahui bahawa hadis tersebut adalah benar-benar sahih.
Pendapat Ibn Hazm ini lahir kerana kelemahannya dalam ilmu hadis seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Apakah gerangan yang mendorong mereka mengikuti pendapat Ibn Hazm dengan meninggalkan pendapat imam-imam yang empat (malik, Abu Hanifah, Syafie, dan Ahmad) pada hal mereka lebih faqih dari Ibn Hazm, lebih alim, lebih ramai bilangannya dan lebih kuat hujahnya? Jika yang mendorong mereka bertaqlid kepada Ibn Hazm kerana semata-mata pentahqiqan ilmi, maka tidak siapa yang akan mengkritik mereka. Pengertian pentahqiqan ilmi seperti yang diketahui ialah mereka hendaklah mengikuti semua hadis yang warid dalam bab ini, mempelajari jalan-jalan dan perawi-perawinya dan kemudian menghukum hadis-hadis itu mengikut yang patut, sama ada sahih, mereka hendaklah mempelajarinya dari sudut dilalahnya, fiqhnya, umumnya dan khususnya berdasarkan kaedah-kaedah ilmu usul hadis dan usul fiqh..
Jika mereka telah berbuat demikian, mereka mendapat pahala dan tidak ada sesiapa yang dapat mengkritik mereka. Akan tetapi, demi Allah mereka tidak melakukan sesuatu apa pun! Apabila mereka dihapuskan kepada sesuatu masalah, mereka akan melihat mengambil mana yang lebih mudah atau yang lebih mendatangkan maslahat-maslahat menurut anggapan mereka tanpa melihat apakah pendapat itu selaras dengan dalil dari Al-Kitab dan As-Sunnah As-Sahihah. Tidak diketahui berapa banyak mereka telah mensyariatkan untuk orang ramai dengan cara ini - atas nama syariat Islam pada hal Islam bersih darinya." (Silsilatul Ahadis As Sahihah ms 139-147, jilid 1/91 - Syeikh Al-Albani)
Beberapa Perkataan Para Ulama Berkenaan Masalah Nasyid
1 – Syeikh Sholeh bin Fauzan Al-Fauzan hafizahullah berkata:
“Perkara yang semestinya mendapat perhatian adalah apa yang telah banyak tersebar di tengah-tengah para pemuda berupa lagu-lagu nasyid yang dirakam dalam kaset dengan suara gabungan yang mereka namakan dengan nasyid Islami. Ini merupakan salah satu jenis nyanyian. Terkadang juga hal itu dilakukan dengan lantunan suara yang memikat kemudian diperjual belikan untuk menyaingi kaset rakaman bacaan Al-Qur’anul Karim dan ceramah agama. Menamakan nasyid Islami merupakan penamaan yang salah kerana Islam tidak mensyariatkan kepada kita melakukan nasyid akan tetapi mensyariatkan bagi kita berzikir kepada Allah Ta’ala, membaca Al-Qur’an, dan belajar ilmu yang bermanfaat.
Adapun nasyid Islami merupakan agama orang orang sufi ahli bid’ah yang menjadikan agamanya sekadar hiburan dan permainan. Menjadikan nasyid sebahagian dari agama juga ada unsur penyerupaan dengan orang Nasrani (kristian) yang menjadikan agamanya berupa nyanyian bersama dan bersenandung merdu. Tindakan yang wajib dilakukan adalah berhati-hati dari nasyid-nasyid ini dan melarang penjualan serta peredarannya untuk mencegah terjadinya efek negatif darinya berupa timbulnya fitnah dengan membangkitkan dan menaburkan benih perselisihan di tengah kaum muslimin. Terkadang orang yang membolehkan nasyid seperti ini berdalih bahawa dulu dilantunkan syair-syair dihadapan Nabi kemudian baginda mendengarkannya dengan saksama dan menyetujuinya.
Jawapan dari hal tersebut bahawa syair-syair yang dilantunkan dihadapan Nabi tidak dilantunkan dengan suara bersama dalam bentuk nyanyian dan tidak dinamakan nasyid Islami. Akan tetapi itu merupakan syair-syair arab yang mengandungi kata-kata hikmah, perumpamaan, sifat keberanian dan kedermawanan. Dulu para sahabat melantunkan sendirian kerana makna yang terkandung di dalamnya. Mereka melantunkan beberapa syair tatkala melakukan pekerjaan yang memenatkan seperti membangun dan berjalan di malam hari ketika bermusafir. Ini semua menunjukkan bolehnya melantunkan syair seperti ini dalam keadaan seperti ini secara khusus, bukan untuk diambil sebagai salah satu bidang pendidikan dan dakwah sebagaimana terjadi pada waktu ini. Di mana para siswazah diajari nasyid-nasyid seperti ini kemudian dikatakan bahawa itu nasyid Islami atau nasyid agama. Ini merupakan perbuatan bid’ah dalam agama dan merupakan agama orang sufi ahli bid’ah. Merekalah yang dikenali menjadikan nyanyian sebagai agamanya. Sehingga yang wajib adalah memperingatkan dari tipu muslihat ini dan melarang penjualan kaset seperti ini kerana kejelekan itu dimulai dari sedikit kemudian berkembang manjadi banyak jika tidak segera dihilangkan ketika munculnya.” (Al-Khitab Al-Mimbariyyah, 3/184-185; dinukil dari buku Jawab Tuntas Masalah Manhaj, Pustaka Al-Haura’, dalam nota kaki no: 3)
2 – Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani rahimahullah berkata:
“Dari fasal ketujuh telah jelas tentang syair yang boleh dinyanyikan dan yang tidak boleh. Sebagaimana telah jelas pada keterangan yang lalu tentang haramnya alat musik semuanya kecuali rebana (kompang) untuk wanita pada hari raya dan pernikahan. Dan dari fasal terakhir telah jelas bahawa tidak boleh mendekatkan diri kepada Allah kecuali dengan apa yang Allah syariatkan. Maka bagaimana dibolehkan mendekatkan diri kepadaNya dengan apa yang Dia haramkan?
Jika pembaca dapat mengingat prinsip-prinsip yang kukuh ini di dalam fikirannya, jelaslah baginya dengan sangat nyata bahawa tidak ada perbezaan hukum antara nyanyian sufi dengan nasyid-nasyid keagamaan. Bahkan kadang-kadang di dalam nasyid terdapat cacat yang lain, iaitu nasyid itu dilagukan dengan irama-irama lagu yang tidak bermoral dan mengikut rentak muzik dari Barat atau Timur yang membawa pendengar untuk bergoyang dan menari dan melebihi batas. Sehingga tujuannya adalah irama dan goyang, bukan semata-mata nasyidnya. Dan hal ini merupakan penyelewengan baru, iaitu menyerupai orang-orang kafir dan orang-orang yang tidak tahu malu.
Di sebalik itu juga munculnya penyimpangan yang lain, iaitu menyerupai orang-orang kafir di dalam berpaling dan menginggalkan Al-Qur’an. Sehingga mereka masuk ke dalam keumuman pengaduan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam kepada Allah tentang kaumnya, sebagaimana di dalam firman Allah:
(Yang bermaksud): Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku Sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan Yang ditinggalkan, tidak dipakai". (Surah Al-Furqaan: 30)
Saya benar-benar selalu ingat dengan baik, ketika saya berada di Damaskus dua tahun sebelum penghijrahan saya ke sini (Amman, Jordan) ada sebahagian pemuda Islam mulai menyanyikan nasyid-nasyid yang bersih (dari penyimpangan) seperti qasidah-qasidah al-Bushiri dan lain-lainnya, dan nasyid-nasyid itu dirakam pada kaset. Kemudian tidak berapa lama, nasyid-nasyid itu diiringi dengan pukulan rebana (kompang)! Kemudian untuk pertama kalinya mereka mempergunakannya pada perayaan-perayaan pernikahan dengan alasan bahawa rebana dibolehkan pada pernikahan.
Kemudian kaset itu pun tersebar dan ditambah kaset-kaset sehingga banyak. Dan itupun tersebar penggunaannya dibanyak rumah-rumah. Mulailah mereka mendengarkannya malam dan siang, baik ada acara ataupun tidak. Jadilah hal itu hiburan dan kebiasaan mereka! Tidaklah hal itu terjadi kecuali kerana dikuasai oleh hawa nafsu dan kebodohan terhadap tipu daya syaitan. Sehingga syaitan memalingkan mereka dari memperhatikan dan mendengarkan Al-Qur’an, apatah lagi mempelajarinya. Jadilah Al-Qur’an sebagai sesuatu yang tidak dipakai sebagaimana tersebut di dalam ayat yang mulia tadi.” (Tahrim Alat Ath-Tharb, hal 182; dinukil dari buku Adakah Musik Islami oleh Muslim Atsari, Pustaka At-Tibyan, hal 104-107)
3 – Syeikh Sholeh bin Abdul Aziz Alu Asy-Syeikh rahimahullah berkata:
“Adapun mendengarkan nyanyian-nyanyian yang dilagukan dan qasidah-qasidah yang mengajak zuhud, inilah yang dinamakan zaman dahulu dengan taghbiir. Hal itu sejenis memukul kulit dan menyanyikan qasidah-qasidah yang mengajak zuhud. Itu dilakukan oleh sekelompok orang-orang sufi untuk menyibukkan manusia dengan qasidah-qasidah yang mendorong kepada negeri akhirat dan zuhud di dunia, meninggalkannya nyanyian (umum), kemaksiatan dan yang seumpamanya.
Dan para ulama telah mengingkari taghbir dan mendengarkan qasidah-qasidah yang dilagukan, yakni dengan lagu-lagu bid’ah, lagu-lagu yang digunakan orang-orang sufi yang menyerupai nyanyian. Para ulama memandangnya termasuk bid’ah. Alasan bahawa hal itu jelas bid’ah, kerana hal itu ditujukan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Pada hal sudah diketahui bahawa mendekatkan diri kepada Allah tidak boleh kecuali dengan apa-apa yang Dia syariatkan. Inilah qasidah-qasidah yang dilakukan di zaman dahulu, dan di zaman sekarang diambil oleh orang-orang sufi. Ini adalah bid’ah yang diada-adakan, tidak boleh berdalih melembutkan hati dengannya.” (Al-Qaulul Mufid Fii Hukmi Anasyid, hal 44; dinukil dari buku Adakah Musik Islami, hal 114-115)
4 – Syeikh Bakar Abu Zaid rahimahullah berkata:
“Beribadah dengan syair dan bernasyid pada bentuk zikir, doa dan wirid-wirid adalah bid’ah yang baru. Pada akhir-akhir abad 2 hijrah, orang-orang zindiq memasukkannya ke dalam kaum muslimin di kota Baghdad dengan nama taghbiir. Asalnya dari perbuatan Nasrani di dalam peribadatan-peribadatan mereka yang bid’ah dan nyanyian-nyanyian mereka. Bahkan jelas bagi saya bahawa beribadah dengan menyanyikan syair, mengucapkannya sebagai mantra, termasuk warisan-warisan paganisme Yunani sebelum diutusnya Nabi Isa ‘alaihis salam kerana kebiasaan orang-orang Yunani dan orang-orang musyrik yang lain mendendangkan nyanyian kepada Hurmus di majlis-majlis zikir.
Maka lihatlah bagaimana bid’ah ini menjalar kepada orang-orang sufi yang bodoh dari kalangan kaum muslimin dengan sanad yang paling rosak yang dikenal dunia: iaitu orang Zindiq dari orang Nasrani, dari orang musyrik. Setelah itu, bolehkah seorang muslim menjadikan nasyid sebagai wirid, tugas dalam zikir, hizib dan mantra?” (Tash-hihud Du’a, hal 96; dinukil dari buku Adakah Musik Islami, hal 116)
Sumber: http://al-muwahhidun.blogspot.com

Sumber: http://al-muwahhidun.blogs
Tidak ada komentar:
Posting Komentar