Disunting dan diterjermahkan dari nota catatan - Ayesha Ahsam: Shun False Statements (Qoal az Zoor)
:::: 9 Jamadil Akhir 1431 Hijriyah ::::
‘Qaol’ قول yang dimaksudkan didalam ayat tersebut diatas ini (Surah AL-Hajj, 22:30) bermakna kenyataan dalam bentuk lisan dan ‘zur’ (ۯور ) bukan saja bermakna kenyataan dusta (dan palsu) tapi memberi maksud segala yang menyimpang atau melencong dari kebenaran. Di dalam Al-Qur’an, antonym (lawan) bagi perkataan ‘Qaol az Zur’ ialah ‘Qaol as Sadeeda’, yang bermaksud bercakap benar (straight talk) tanpa sebarang kesamaran (ambiguity), keterlibatan (complicity) dan tipu-helah (deception). Firman ALLAH,
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara),” (Al-Azhab, 33:70)
Zur diberi wajah indah
Islam sangat menekankan dan menitikberatkan tentang kebenaran dan mencela dan mengutuk penipuan dan kepalsuan. Zur adalah pendustaan, dan bagi pandangan para sarjana balaghah (bahasa), juga bererti penipuan yang digambarkan dan diseliputi (disembunyikan) didalam bentuk yang menarik dan di pamirkan dengan cara yang indah hingga ia nampak, muncul, menjelma, dan timbul seperti benar dan betul.
Zur - Pendustaan dalam Ugama
Zur, bukan saja termasuk dalam penipuan dan pendustaan yang berlaku tiap tiap hari, ia juga bererti dan membayangkan perubahan (tambahan atau pengurangan) yang manusia adakan didalam Ugama (Agama atau Deen, Din) yang sebenar sepertimana yang diwahyukan ALLAH dan diajari oleh RasulNya. Pembaharuan (innovation, perkara yang diadakan tanpa alasan) ini harus (wajib) dijauhi, dielak dan dihinarkdari, dan Ugama (Deen, Din) wajib diamal dan dihayati dalam bentuknya yang asal, walaupun disana ada ruang untuk memajukannya lagi, tapi ia harus dilaksanakan (dan diamalkan) menurut Al Qur’an dan Sunnah.
Zur - Persaksian yang Dusta - Dosa sebesar Syirik
Persaksian yang Dusta dan Tipu dinamakan ‘syahadah-az-zur’. Rasulullah صلیﷲ علیﻪ و سلم menyatakan Persaksian Dusta diletakkan bersama dengan Syirik dengan ALLAH, dan seperti Syirik, ia juga adalah dosa yang besar, dan Baginda صلیﷲ علیﻪ و سلم membaca ayat tersebut di atas dari Surah Al-Hajj. Maka adalah penting & mustahak, kita jauhilah Syirik dan Zur.
Zur - Didalam Amalan Harian
Jika seorang ibu tidak memelihara dirinya dari menipu, mendusta dan membohong, dan tidak menjauhi Zur dalam kehidupannya, maka apa saja yang dia memberitahu, mengajar, atau menanam dalam diri anak-anaknya tidak lain dari pembohongan, pendustaan dan penipuan.
Renungilah ayat-ayat Al-Qur'andan Hadith Rasulullah صلیﷲ علیﻪ و سلم dibawah ini:
“ .. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).” (Az-Zumar, 39:3)
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; ..” (Al-Israa, 17:36)
“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Qaf, 50:18)
Abdullah bin Amr bin Al- As (R.A) berkata Sabda Rasulullah صلیﷲ علیﻪ و سلم lagi yang bermaksud: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya, iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah).” - (Hadis riwayat Bukhari)
Wallahu a'lam
:::: 9 Jamadil Akhir 1431 Hijriyah ::::
__________________
Disunting dan diterjermahkan dari nota catatan - Ayesha Ahsam: Shun False Statements (Qoal az Zoor)
http://www.facebook.com/ib
Further info can be taken from:
www.alhudapk.com
www.farhathashmi.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar