Jumat, 29 Januari 2010

Larangan Para Imam Mazhab Terhadap Ilmu Kalam

1. Imam Abu Hanifah rahimahullah

أصحاب الأهواء في البصرة كثير , ودخلتها عشرين مرة ونيفاً وربما أقمت بها سنة أو أكثر أو أقل ظاناً عِلْم الكلام أجل العلوم

"Para pengikut hawa nafsu di Basrah ada banyak dan saya pernah mengunjungi kota tersebut sebanyak dua puluh tujuh (27) kali, malah seringkali saya tinggal di sana setahun lebih atau kurang. Dalam jangka waktu itu saya mengira bahawa ilmu kalam merupakan ilmu paling agung (padahal tidak)." (Manaqib Abi Hanifah, Al-Kurdi, hal 137)

لعن الله عمرو بن عبيد فإنه فتح للناس الطريق إلى الكلام فيما لا ينفعهم في الكلام

"Semoga Allah melaknat Amr bin Ubaid yang telah membuka jalan-jalan bagi manusia untuk mendalami ilmu kalam dalam hal-hal yang tidak bermanfaat bagi mereka dalam pembicaraan." (Zammul Kalam, Al-Harawi, hal 28-31)

وسأله رجل وقال : ما تقول فيما أحدثه الناس في الكلام في الأعراض والأجسام

Dan salah seorang bertanya kepadanya: "Apakah pendapat anda tentang ilmu kalam yang dibuat-buat oleh manusia yang mana mereka mempercakapkan tentang harga diri dan tubuh?"

فقال ( مقالات الفلاسفة عليك بالأثر وطريق السلف وإياك وكل محدثة فإنها بدعة

Maka beliau menjawab: "Semua itu adalah ucapan para filosof, kewajipanmu adalah memegang teguh dengan atsar dan menempuh jalan salaf (salafussoleh). Jauhilah setiap perkara yang diada-adakan (dalam agama), sesungguhnya ia adalah bid'ah." (Zammul Kalam, hal 28-31)

قال حماد ابن أبي حنيفة ( دخل علي أبي - رحمه الله - يوماً وعندي جماعة من أصحاب الكلام ونحن نتناظر في باب , قد علت أصواتنا فلما سمعت حسَّه في الدار خرجت إليه فقال لي يا حماد من عندك ؟ قلت , فلان وفلان وفلان , سَّميت من كان عندي و قال : وفيم أنتم ؟ قلت : في باب كذا وكذا , فقال لي : يا حماد دع الكلام - قال : ولم أعهد أبي صاحب تخليط ولا ممن يأمر بالشيء ثم ينهى عنه . فقلت له : يا أبت ألست كنت تأمرني به , قال : بلى يا بني وأنا اليوم أنهاك عنه , قلت : ولم ذاك , فقال : يا بني إن هؤلاء المختلفين في أبواب من الكلام ممن ترى كانوا على قول واحد ودين واحد حتى نزغ الشيطان بينهم فألقى بينهم العداوة والاختلاف فتابينوا ... )

Hammad bin Abu Hanifah berkata: "Pada suatu hari ayahku menemuiku sedangkan aku sedang duduk dikelilingi sekelompok ahli kalam memperdebatkan suatu masalah dengan suara yang keras dan bergaduh. Ketika aku mendengar langkah-langkahnya memasuki rumah, maka aku datang menemuinya, kemudian dia berkata kepadaku: "Wahai Hammad, siapa mereka?" Aku menjawab: "Si fulan, si fulan dan si fulan..." "Apa yang kamu bicarakan?" Tanyanya. "Masalah ini dan itu." Jawabku. Lalu ayahku berkata: "Wahai Hammad, tinggalkanlah ilmu kalam." Hammad berkata: "Padahal aku tidak pernah mendapati ayah mencegah atau melarang sesuatu padaku setelah menyuruhnya, kerana itu aku berkata: "Wahai ayahku, bukankah engkau pernah menyuruhku untuk mendalami ilmu kalam?" "Ya, itu dahulu wahai puteraku! Sekarang aku melarangmu." Jawabnya. "Mengapa?" Tanyaku kecewa. Lalu dia menjelaskan: "Tidakkah engkau lihat, mereka yang berselisih dalam pelbagai masalah dalam ilmu kalam itu dahulunya satu pendapat, dan satu suara, kemudian syaitan membisikkan mereka untuk saling bermusuhan dan berselisih dan akhirnya mereka pun berselisih dan bermusuhan..." (Manaqib Abu Hanifah, Imam Al-Makki, hal 183-184)

Abu Hanifah berpesan kepada Abu Yusuf:

إيّاك أن تكلم العامة في أصول الدين من الكلام فإنهم يقلدونك فيشتغلون بذلك
هذه طائفة من أقواله - رحمه الله - وما يعتقده في مسائل أصول الدين وموقفه من الكلام والمتكلمين

"Janganlah kamu cuba berbicara tentang usuluddin di hadapan orang-orang awam dengan memakai ilmu kalam kerana mereka akan bertaqlid kepadamu yang akhirnya mereka akan sibuk dengannya." (Manaqib Abu Hanifah, hal 373)

2. Imam Malik bin Anas rahimahullah

Ibnu Abdil Barr mengeluarkan dari Mus'ab bin Abdillah Az-Zubairi, katanya:

كان مالك بن أنس يقول : الكلام في الدين أكرهه ولم يزل أهل بلدنا يكرهونه وينهون عنه , نحو الكلام في رأي جهم والقدر وكل ما أشبه ذلك , ولا يحب الكلام إلا فيما تحته عمل , فأما الكلام في دين الله وفي الله عزوجل فالسكوت أَحَبُّ إليَّ لأني رأيت أهل بلدنا ينهون عن الكلام في الدين إلا فيما تحته عمل

"Malik bin Anas pernah berkata: "Aku tidak menyukai perdebatan dalam masalah agama, sebagaimana penduduk negeriku juga tidak menyukainya. Bahkan melarang hal itu seperti memperbincangkan pendapat Jahm dan masalah qadar (takdir) dan setiap apa yang menyerupainya. Dan tidaklah disukai percakapan (kalam) kecuali yang terdapat di dalamnya amal. Adapun perbincangan dalam masalah agama Allah dan tentang (hakikat zat) Allah Azza wa Jalla, maka aku lebih memilih diam kerana penduduk negeriku melarang demikian itu kecuali percakapan yang mengandungi amal (tuntutan)." (Jami' Al-Bayan Al-Ilmi wa Fadlihi, Darul Kutub Al-Islamiah, hal 415)

Abu Nu'aim mengeluarkan dari Abdullah bin Nafi', katanya:

سمعت مالكاً يقول : لو أن رجلاً ركب الكبائر كلها بعدَ ألا يشرك بالله ثم تخلّى من هذه الأهواء والبدع - وذكر كلاماً - دخل الجنة

"Aku pernah mendengar Malik berkata: "Sekiranya ada seorang lelaki melakukan dosa-dosa besar seluruhnya selain syirik kepada Allah, lalu dia meninggalkan hawa nafsu tersebut dan bid'ah-bid'ahnya - yang diantaranya percakapan (dalam masalah agama Allah) - maka dia pasti masuk syurga." (Hilyatul Auliya', 6/325)

Al-Hirawi mengeluarkan dari Ishaq bin Isa, katanya:

قال مالك : من طلب الدين بالكلام تزندق ومن طلب المال بالكيمياء أفلس ومن طلب غريب الحديث كذب

"Malik berkata: "Barangsiapa mencari agama dengan ilmu kalam, bererti dia zindiq, dan barangsiapa mencari harta dengan kimia, dia pasti muflis, serta barangsiapa mencari hadis-hadis yang ganjil (gharibul hadis), maka dia dusta." (Zammul Kalam, Qaf -173- Hamzah)

Al-Khatib mengeluarkan dari Ishaq bin Isa, katanya:

سمعت مالك بن أنس يعيب الجدال في الدين ويقول : كلما جاءنا رجل أجدل من رجل أرادنا أن نرد ما جاء به جبريل إلى النبي صلى الله عليه وسلم

"Aku pernah mendengar Malik bin Anas mencela perdebatan dalam agama seraya berkata: "Setiap kali ada seorang pemuda yang melebihi pemuda lain kepadaku, maka aku ingin kembali kepada apa yang dibawa oleh Jibril kepada Nabi sallallahu 'alaihi wassallam." (Syaraf Ashabil Hadits, hal 5)

Al-Hirawi mengeluarkan dari Abdur-Rahman bin Mahdi, katanya:

دخلت على مالك وعنده رجل يسأله فقال : لعلك من أصحاب عمرو بن عبيد و لعن الله عمرو بن عبيد فإنه ابتدع هذه البدعة من الكلام , ولو كان الكلام علماً لتكلَّم فيه الصحابة والتابعون كما تلكموا في الأحكام والشرائع

"Pada suatu hari aku menemui Malik yang didampingi seorang pemuda yang bertanya kepadanya. Malik berkata: "Kiranya engkau termasuk pengikut Amr bin Ubaid. Semoga Allah mengutuknya, kerana dia telah membuat bid'ah berupa perdebatan dalam masalah agama dan ilmu kalam. Andaikata ilmu kalam itu memang benar-benar ilmu, pasti para sahabat dan tabiin menekuninya sebagaimana mereka menekuni dan membicarakan hukum dan syariat." (Zammul Kalam, Qaf -173- Ba')

3. Imam Syafi'i rahimahullah

Al-Hirawi mengeluarkan dari Ar-Rabi' bin Sulaiman, katanya:

سمعت الشافعي يقول : ... لو أن رجلاً أوصى بكتبه من العلم لآخر , وكان فيها كتب الكلام , لم تدخل في الوصية لأنه ليس من العِلْم

"Aku telah mendengar Asy-Syafi'i berkata: "Kalau sekiranya ada seseorang berwasiat supaya buku-buku tentang ilmu diberikan kepada seseorang, sedang di antara buku-buku tersebut terdapat buku tentang ilmu kalam, maka tidaklah termasuk dalam wasiat tersebut, kerana ianya bukan ilmu." (Zammul Kalam Qaf -213-, Siyar A'lam An-Nubala 10/30)

Al-Hirawi juga mengeluarkan dari Al-Hasan Az-za'farani, katanya:

سمعت الشافعي يقول : ما ناظرت أحداً في الكلام إلا مرة وأنا أستغفر الله من ذلك

"Aku mendengar Asy-Syafi'i berkata: "Aku tidak pernah berdebat dengan seseorang pun tentang ilmu kalam kecuali sekali, lalu aku beristighfar atas perbuatanku itu." (Zammul Kalam, Qaf -213-, Siyar A'lam An-Nubala, 10/30)

Al-Hirawi juga mengeluarkan dari Ar-Rabi' bin Sulaiman, katanya:

قال الشافعي : لو أردت أن أضع على كل مخالف كتاباً كبيراً لفعلت , ولكن ليس الكلام من شأني , ولا أحب أن ينسب إليّ منه شيء

"Asy-Syafi'i berkata: "Jika aku mahu, aku mampu untuk menyusun sebuah kitab yang besar untuk setiap penentangku, akan tetapi bukanlah ilmu kalam itu dari urusanku, dan aku tidak menyukai sedikitpun ia dinisbatkan kepadaku." (Zammul Kalam, Qaf -215-)

Ibnu Battah mengeluarkan dari Abu Tsaur, katanya:

قال لي الشافعي : ما رأيت أحداً ارتدى شيئاً من الكلام فأفلح

"Asy-Syafi'i berkata kepadaku: "Aku tidak melihat seseorang pun yang menggunakan ilmu kalam itu berjaya (yakni dia tidak akan berjaya)." (Al-Ibanah AL-Kubra, hal 535-536)

Al-Harawi mengeluarkannya dari Yunus Al-Misri, berkata:

قال الشافعي : لأن يبتلي الله المرء بما نهى الله عنه خلا الشرك بالله خير من أن يبتليه بالكلام

"Asy-Syafi'i berkata: "Sungguh akan terkena bencana yang Allah timpakan seseorang yang melanggar larangan Allah, selain syirik kepada Allah (kerana ini yang berat sekali - pent), adalah lebih baik (ditimpa bencana lainnya - pent) daripada dia ditimpa bencana ilmu kalam." (Manaqib Asy-Syafi'i, Ibnu Abi Hatim, hal 182)

4. Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah

Ibnu Battah mengeluarkan dari Abu Bakar Al-Muruzi, berkata:

سمعت أبا عبدالله يقول : من تعاطى الكلام لم يفلح ومن تعاطى الكلام لم يخل أن يتجهم

"Aku telah mendengar Abu Abdullah (Imam Ahmad) berkata: "Barangsiapa yang mengambil dan mempraktikkan ilmu kalam, maka dia tidak akan beruntung. Dan barangsiapa yang mengambil dan mempraktikkan ilmu kalam, maka dia tidak akan terlepas dari menjadi seperti Jahm bin Safwan (golongan Jahmiyah - pent)." (Al-Ibanah, 2/538)

Ibnu Abdil Barr menyebutkan dari Imam Ahmad, dia berkata:

إنه لا يفلح صاحب كلام أبداً ولا تكاد ترى أحداً نظر في الكلام إلا وفي قلبه دغل

"Sesungguhnya tidak akan berjaya para pengikut ahli kalam selamanya, dan tidaklah engkau dapat melihat seorangpun yang memandang ilmu kalam itu melainkan di hatinya ada kedengkian." (Jami' Al-Bayan Al-'Ilmi wa Fadlihi 2/95, cet Dar Al-Kutub Al-'Ilmiyah)

Al-Hirawi mengeluarkan dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, berkata:

كتب أبي إلى عبيد الله بن يحيي بن خاقان: لست بصاحب كلام , ولا أرى الكلام في شيء من هذا , إلا ما كان في كتاب الله أو في حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم , فأما غير ذلك فإن الكلام فيه غير محدود

"Ayahku menulis surat kepada Ubaidillah bin Yahya bin Khaqan (seorang menteri Al-Mutawakkil): "Aku bukanlah ahli kalam dan aku tidak perlukan perdebatan (melalui ilmu kalam) tentang sesuatu pun dari perkara ini kecuali apa yang ada pada Kitabullah atau pada Sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Adapun selain yang demikian, maka berkata-kata padanya itu tidak terpuji." (Zammul Kalam, Qaf -216- Ba')

Ibnul Jauzi mengeluarkan dari Musa bin Abdillah At-Turtusi, dia menceritakan:

سمعت أحمد بن حنبل يقول : لا تجالسوا أهل الكلام وإن ذبوا عن السنة

"Aku pernah mendengar Ahmad bin Hanbal berpesan: "Janganlah kamu duduk bergaul dengan ahli kalam sekalipun mereka membela sunnah." (Manaqib Al-Imam Ahmad, hal 205)

Ibnu Battah juga mengeluarkan dari Abul Harits Asy-Shayigh berkata:

من أحب الكلام لم يخرج من قلبه , ولا ترى صاحب الكلام يفلح

"Barangsiapa yang suka berdebat (menggunakan ilmu kalam), maka dia tidak akan keluar dari hatinya, dan engkau tidak akan melihat ahli kalam itu berjaya." (Al-Ibanah, 2/539)

Ibnu Battah mengeluarkan dari Ubaidillah bin Hanbal:

حدثني أبي قال : سمعت أبا عبدالله يقول : عليكم بالسنة والحديث وينفعكم الله به , وإيّاكم والخوض والجدال والمراء فإنه لا يفلح من أحب الكلام , وكل من أحدث كلاماً لم يكن آخر أمره إلا إلى بدعة , لأن الكلام لا يدعو إلى خير , ولا أحب الكلام ولا الخوض ولا الجدال , وعليكم بالسُّنن والآثار والفقه الذي تنتفعون به , ودعوا الجدال وكلام أهل الزيغ والمراء , أدركنا الناس ولا يعرفون هذا , ويجانبون أهل الكلام وعاقبة الكلام لا تؤول إلى خير , أعاننا الله وإياكم من الفتن وسلّمنا وإياكم من كل هلكة

"Ayahku menceritakan kepadaku, dia berkata: "Aku pernah mendengar Abu Abdillah (Imam Ahmad) berpesan: "Hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnah dan hadis, semoga Allah menjadikanmu bermanfaat dengannya. Hindarilah olehmu berbantah-bantah, berdebat dan mengucapkan kata-kata yang tidak berguna kerana orang yang mencintai perdebatan dan ilmu kalam tidak akan beruntung. Dan setiap orang yang membuka perdebatan dan ilmu kalam dalam agama, maka ia tidak akan berakhir kecuali dengan bid'ah, kerana ilmu kalam tidak menyeru kepada kebaikan. Aku juga tidak menyukai kalam, berbantah-bantah dan berdebat. Hendaklah kamu mengikuti sunnah, atsar dan fiqh yang kamu manfaatkan, tinggalkanlah perdebatan dan ucapan orang-orang yang menyimpang dan tukang bantah. Kami telah menemui manusia yang ternyata mereka tidak mengenali ini (ilmu kalam), bahkan mereka menjauhi ahli kalam, semoga Allah melindungi kita semua dari pelbagai fitnah dan menyelamatkan kita semua dari setiap bencana." (Al-Ibanah, 2/539)

Ibnu Battah menyebutkan dari Imam Ahmad:

إذا رأيت الرجل يحب الكلام فاحذروه

"Sekiranya engkau melihat seorang lelaki menyukai ilmu kalam, maka hendaklah berwaspada terhadapnya." (Al-Ibanah, 2/540)

[I'tiqad A'immatil Arba'a, Dr. Muhammad bin Abdurrahman Al-Khumais, Al-Maktabah Asy-Syamilah]

Tidak ada komentar:

Posting Komentar